Saturday, January 18, 2014

7 SUNNAH HEBAT


Hendaknya kita menjaga sekurang-kurangnya 
Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.


PERTAMA:




Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


KEDUA:



Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat Qursi.


KETIGA:




Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


KEEMPAT:




Jaga Solat Dhuha, kerana kunci rezki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.


KELIMA:




Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


KEENAM:


 


Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyangangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu bersolat walau ia sedang tidak bersolat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."


KETUJUH:




Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu,  setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam. 

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



Ustaz Don Daniyal




4 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...