Menu berbuka hari ahad hari tu...saja ja teringin sangat nak mkn spagheti tekak ni cam dok rasa2 ja....hehehhe... kalah org pregnant no???? ihiks!!!!!
Simple ja yg ni xdak apa sangat..hmmm...x kisah la asalkan namanya spagheti...heheehe..aku wat separuh ja klau byk nanti x hbs plak...
Jom tgk resepi manala tau kot2 ada yg nak try spagheti simple camni.....
Bahan-bahannya
1/2 paket spagheti
1 ulas bawang merah
4@5 ulas bawang putih
1 camca besar cili kering (telah dikisar)
cendawan (aku guna yg dalam tin)
sosej (kuantiti terpulang nak byk @ sikit)
sos spagheti (aku guna kimball)
air
daging cincang (aku guna jenama Ramly)
minyak untuk menumis
Cara-caranya
~ Rebus spagheti (aku letakkan minyak msk sikit dan garam) dah settle ketepikan dulu
~ Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
~ Tumis bawang tersebut hingga kekuningan
~ Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi hingga betul2 masak
~ Masukkan sedikit air kemudian masukkan daging cincang (biarkan hingga daging masak)
~ Setelah daging dah masak masukkan sos spagheti
~ Masukkan gula dan garam secukup rasa
~ Sekiraya agak kering masukkan sedikit air
~ Biarkan seketika sehingga masak
~ Sedia untuk dihidangkan
p/s : ni resepi orang yang x profesional hehehe....just mkn utk hilangkan kempunan jer....
wah... spageti... wah... (^___^)
ReplyDelete